Skip links

Pertandingan Sempena Hari Kelip-Kelip Sedunia 2022

  1. PERTANDINGAN BERCERITA KELIP-KELIP SEMPENA HARI KELIP-KELIP SEDUNIA 2022

Hi Adik-adik! Jom sertai sekarang!

DAFTAR DI SINI: https://forms.gle/h9aGnL4iGgupJ5Bo8

LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN:
1. Reka cerita anda dengan tema: Kelip-kelip.
2. Isi cerita hendaklah mengandungi unsur-unsur alam sekitar, pengajaran dan nilai-nilai murni
3. Rakam video anda dan pastikan cerita anda lebih dari 3 minit dan kurang dari 5 minit.
4. Muat naik rakaman video pada dinding (wall) Facebook anda atau Ibu bapa/Penjaga/Guru disertakan dengan maklumat berikut;
a. Nama Peserta
b. Tajuk Cerita
c. Tanda palang (Hashtag) #malaysiannaturesociety #worldfireflyday2022 #kelabpencintaalam
d. Pastikan video berstatus “Public”
5. Setiap penyertaan hendaklah dilengkapkan dengan menghantar borang penyertaan kepada urus setia menggunakan aplikasi Google Form ini.
a. Kongsi pautan rakaman video anda yang dimuat turun dalam media sosial Facebook (URL)
b. Muat turun skrip cerita anda
6. Penyertaan selain dari Google Form ini tidak akan dilayan.
7. Persembahan dalam bentuk video rakaman yang dikongsikan dalam laman sosial Facebook hendaklah berdurasi lebih dari 3 minit atau kurang dari 5 minit.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Pertandingan dibuka kepada semua ahli Kelab Pencinta Alam dan ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (atau ahli keluarga terdekat) yang berumur dari 7 tahun sehingga 12 tahun.
2. Pertandingan adalah dari 6 Julai 2022 sehingga 8 Ogos 2022.
3. Kaedah pelaksanaan: Secara Dalam Talian
4. Penyertaan adalah percuma.
5. Penyertaan adalah secara individu dan hanya satu penyertaan sahaja dibenarkan.
6. Video rakaman dan audio hendaklah jelas.
7. Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur alam sekitar, pengajaran dan nilai murni
7. Cerita hendaklah disampaikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
8. Video hendaklah berdurasi selama 3 minit – 5 minit sahaja.
9. Video boleh disampaikan dalam posisi duduk , berdiri atau mana-mana posisi yang sesuai mengikut kreativiti peserta.
10. Pengumuman keputusan pertandingan akan dibuat melalui Facebook: Malaysian Nature Society dan Kelab Pencinta Alam (KPA) sebelum 31 Ogos 2022.

HADIAH DAN SIJIL
Tempat Pertama: RM500
Tempat Kedua: RM300
Tempat Ketiga: RM200
Tempat Keempat: RM100
Tempat Kelima: RM100

Setiap penyertaan akan menerima e-sijil.

Sebarang pertanyaan, sila emel kepada mnsfirefly@gmail.com

  1. PERTANDINGAN KOLAJ KELIP-KELIP SEMPENA HARI KELIP-KELIP SEDUNIA 2022

Hi Adik-adik! Jom sertai sekarang!

DAFTAR DI SINI: https://forms.gle/YHEgpEnxoLfRN8gi9

LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN:
1. Hasilkan lukisan kolaj bertemakan kelip-kelip sempena Hari Kelip-kelip Sedunia 2022
2. Lukisan kolaj mestilah menggunakan bahan kitar semula (seperti kertas, plastik atau tin aluminium)
3. Lukisan kolaj yang dihasilkan menggunakan kertas saiz A3 (Drawing Block)
4. Lukisan kolaj WAJIB di hantar secara pos.
5. Borang Google form ini hanyalah sebagai bukti penghantaran dan rujukan untuk rekod nombor tracking lukisan yang dihantar.

PENGHANTARAN KOLAJ:
Alamat:
COMMITTEE – WORLD FIREFLY DAY CONTEST 2O22
PERSATUAN PENCINTA ALAM MALAYSIA
JKR 641, Jalan Kelantan, Bukit Persekutuan,
50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon (Pejabat): 03-2287 9422
NOTA PENTING: Lukisan yang dihantar mestilah disertakan dengan maklumat berikut; nama penuh, alamat emel, No. telefon (penjaga/ibu bapa), Mykad/Mykid, umur, jantina, sekolah beserta negeri, dan alamat surat menyurat.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Pertandingan dibuka kepada semua ahli Kelab Pencinta Alam dan ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (atau ahli keluarga terdekat) yang berumur dari 13 tahun sehingga 19 tahun.
2. Pertandingan dibuka dari 6 Julai 2022 sehingga 8 Ogos 2022.
3. Penyertaan adalah percuma.
4. Penyertaan adalah secara individu dan hanya satu penyertaan sahaja dibenarkan.
5. Lukisan kolaj mestilah asli dan hak milik peserta sendiri.

HADIAH DAN SIJIL
Tempat Pertama: RM500
Tempat Kedua: RM300
Tempat Ketiga: RM200
Tempat Keempat: RM100
Tempat Kelima: RM100
Setiap penyertaan akan menerima e-sijil.

Sebarang pertanyaan, sila emel kepada mnsfirefly@gmail.com

Leave a comment

This website uses cookies to improve your web experience.