Skip links

Jom Kurangkan Plastik

Jom Kurangkan Plastik

Pertandingan Kitar Semula – Ke arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna adalah program anjuran Garnier Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS). Tujuan utama perlaksanaan program ini adalah untuk memberikan pendidikan serta kesedaran kepada masyarakat terutamanya kepada pentadbir, guru-guru dan murid-murid sekolah berkaitan sisa plastik serta mengurangkan penggunaan plastik sekali guna di sekolah. Sekaligus, menjanakan langkah pro-aktif untuk menguruskan sisa dikalangan para murid dan guru (terutama sisa plastik di sekolah).

Projek ini akan mengetengahkan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan kesedaran alam sekitar termasuklah pertandingan kitar semula barangan plastik dikalangan komuniti sekolah dan menghasilkan video kreatif bertema Kitar Semula Barangan Plastik. Pertandingan ini akan memberi fokus kepada aktiviti kitar semula di samping menggalakkan komuniti sekolah menggurangkan penggunaan plastik sekali guna dalam kehidupan seharian. Menerusi projek ini, dua pertandingan akan dilaksanakan iaitu penghasilan video kreatif oleh para pelajar dan pengutipan barangan plastik yang paling banyak di antara sekolah.

Berikut adalah objektif program ini;

  • Meningkatkan pengetahuan kepada murid berkaitan penggunaan plastik Sekali Guna serta menggalakkan sikap dan amalan yang positif terhadap isu tersebut menerusi pembelajaran Google Classroom dan webinar.
  • Memberi peluang kepada warga sekolah untuk mempraktikkan pengurusan sisa plastik dari sekolah
  • Bagi mengurangkan impak perubahan iklim dan kesan rumah hijau
  • Menjayakan pelan kerajaan hala tuju Malaysia ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna

Highlights

This website uses cookies to improve your web experience.