Skip links

Pertandingan Mereka Cipta Poster Infografik Sempena ‘Hari Memerang Sedunia 2021’ (Kategori Sekolah)

Tempoh pertandingan: 10 Mei – 24 Mei 2021

Tempoh penilaian: 25 Mei – 27 Mei 2021

Tarikh pengumuman pemenang: 28 Mei 2021

A. KELAYAKAN UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN

  1. Tempoh pertandingan adalah dari 10 Mei 2021 sehingga 24 Mei 2021.
  2. Pertandingan mereka cipta poster infografik adalah terbuka kepada warga sekolah Kelab Pencinta Alam (KPA) berdaftar dan telah memperbaharui keahlian tahunan dan keluarga terdekat (immediate family member) ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) yang berumur 13-17 tahun. (bagi memastikan status keahlian sekolah anda, sila hubungi pegawai Kelab Pencinta Alam).
  3. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan boleh ajukan kepada mnsotter@gmail.com

B. LANGKAH MENYERTAI PERTANDINGAN

  1. Hasilkan satu poster infografik bertemakan
  2. Saiz karya adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing. Tidak ada sebarang saiz standard untuk poster infografik dalam pertandingan ini.
  3. Medium lukisan adalah dengan menggunakan perisian komputer yang bersesuaian seperti Canva, Piktochart, Visme dan sebagainya.
  4. Muat naik poster dalam bentuk PDF/JPEG/PNG dan hantarkan poster melalui pautan Google Form ini https://bit.ly/3f5412D
  5. Hantarkan penyertaan selewat-lewatnya 24 Mei 2021 (Isnin) pada 11.59 p.m.
  6. Untuk penyertaan berkumpulan:

Guru pembimbing perlu menghantar hasil karya pelajar ke alamat emel mnsotter@gmail.com dengan butiran berikut:

SUBJEK EMEL: PERTANDINGAN MEREKA CIPTA POSTER INFOGRAFIK SEMPENA HARI MEMERANG SEDUNIA

BODY EMEL:

Nama Guru Penasihat:

Nama Sekolah:

Negeri:

*Lampiran emel mestilah mengandungi Excel sheet yang mempunyai butiran pelajar seperti berikut:

a. Nama penuh

b. Jantina

c. Bangsa

d. No rujukan fail karya

Karya hendaklah disimpan dan dimuat naik dalam bentuk pdf/jpeg/png dan dinamakan mengikut no rujukan (yang dicipta sendiri oleh guru pembimbing). Ini bagi memudahkan kami untuk mengesan karya pelajar mengikut nama mereka.

Karya – karya dihantar secara berkumpulan tidak perlu lagi dihantar melalui Google Form.

Sila lampirkan bukti pembayaran sumbangan bersama lampiran emel (jika ada)

 

C. GARIS PANDUAN PENYERTAAN

  1. Hanya fakta dan maklumat tentang spesies memerang Asia sahaja yang boleh dimasukkan ke dalam poster. Nama spesies memerang Asia adalah seperti berikut:
    1. Memerang Kecil (Asian small-clawed otter)
    2. Memerang Eurasia (Eurasian otter)
    3. Memerang Kumis (hairy-nosed otter)
    4. Memerang Licin (smooth-coated otter)

Jika terdapat elemen spesies memerang bukan Asia dalam poster anda, penyertaan akan terbatal serta-merta.

  1. Setiap penyertaan individu mestilah melalui Google Form, sebarang emel tidak akan dilayan (kecuali penyertaan berkumpulan).
  2. Penyertaan adalah percuma, walaubagaimanapun sumbangan adalah dialu -alukan.

Bayaran kepada: Malaysian Nature Society

Akaun Maybank: 012138304679

Remark: “Pertandingan Infografik Memerang”

 

  1. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Mei 2021 (Isnin) jam 11.59 pm. Sebarang penyertaan melebihi tarikh yang ditetapkan atau tidak lengkap tidak akan diterima.
  2. Hanya satu poster infografik dibenarkan untuk setiap peserta.
  3. Karya pelajar mestilah asli dan mengikut tema. Pelajar hendaklah kreatif dalam memaparkan info menarik berkenaan memerang dengan gambar-gambar yang menarik.
  4. Keputusan juri adalah muktamad. Juri terdiri daripada ahli kumpulan kerja bagi pertandingan ini.
  5. Setiap penyertaan akan mendapat e-sijil (e-sijil akan diemelkan 6 – 8 minggu selepas keputusan pertandingan diumumkan).
  6. Pemenang berpeluang untuk memenangi hadiah menarik, namun hadiah tidak boleh ditukar atau diganti dengan nilai wang ringgit.
  7. Staf MNS dan ahli keluarga terdekat staf MNS tidak dibenarkan untuk bertanding.
  8. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta telah bersetuju dengan semua syarat yang telah dinyatakan.
  9. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati;
    1. Tidak lengkap.
    2. Melebihi tarikh yang telah ditetapkan.
    3. Bukan hasil karya sendiri.
    4. Melanggar hak cipta mana-mana pihak.
    5. Grafik dalam poster melibatkan perlakuan tidak bermoral, menyinggung perasaan mana-mana pihak, menimbulkan fitnah, melibatkan sensiviti berkaitan agama, bangsa, dan politik.

D. PENILAIAN

  1. Penyertaan akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:

Kandungan poster

60%

Lukisan/ilustrasi

40%

Ayat yang jelas & mudah difahami

20%

Kaitan dengan tema

20%

Fakta menarik berkenaan memerang

40%

Kreativiti

20%

              2. Panel juri terdiri daripada ahli kumpulan kerja bagi pertandingan ini.

              3. Hanya fakta dan maklumat tentang spesies memerang Asia sahaja yang boleh dimasukkan ke dalam poster. Nama spesies memerang Asia adalah seperti Memerang Kecil (Asian small-clawed otter), Memerang Eurasia (Eurasian otter), Memerang Kumis (hairy-nosed otter), Memerang Licin (smooth-coated otter). Jika terdapat elemen spesies memerang bukan Asia dalam poster anda, penyertaan akan terbatal serta-merta.

               4. Keputusan juri adalah muktamad.

E. HADIAH

  • E-sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta pertandingan.
  • 3 penyertaan terbaik akan mendapat hadiah yang menarik (hadiah akan diumumkan dalam minggu yang akan datang).
  • Guru pembimbing yang membantu menguruskan penyertaan pelajar akan menerima sijil penghargaan.
  • Tarikh pengumuman pemenang adalah pada 27 Mei 2021 di akhir webinar KPA. Para pemenang akan dihubungi melalui emel/telefon untuk tujuan penyampaian sijil dan hadiah.

F. HAK PENGGUNAAN PENYERTAAN

  1. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta membenarkan pihak penganjur dan agensi-agensi yang berkaitan untuk menggunakan nama atau gambar anda.
  2. Penganjur mempunyai hak untuk menghantar maklumat pemenang kepada media massa apabila difikirkan perlu untuk tujuan publisiti.
  3. Apabila menyertai pertandingan ini, para peserta bersetuju dengan perkara berikut:
    • Membenarkan dan memindahkan semua hak cipta dalam penyertaan kepada pihak penganjur. Pihak penganjur juga berhak untuk membuat sebarang suntingan pada penyertaan yang dihantar tanpa meminta kebenaran daripada peserta pertandingan.
    • Memberikan hak cipta yang terdapat dalam semua atau sebahagian daripada setiap ahli kumpulan untuk tujuan publisiti, pemasaran, pengiklanan dan penggunaan komersial.
    • Penyertaan yang dihantar adalah karya sendiri dan tidak melanggar hak cipta mana-mana pihak.
    • Bersetuju untuk memberikan lain-lain dokumen/maklumat yang berkaitan dengan karya/ciptaan penyertaan kepada pihak penganjur apabila diperlukan.

Leave a comment

This website uses cookies to improve your web experience.