Pertandingan Melukis Raptor Watch 2022 (Sekolah Menengah)

Jom sertai Pertandingan Melukis Raptor Watch 2022!

Pertandingan ini adalah anjuran Persatuan Pencinta Alam Malaysia sempena Sambutan Program Memerhati Burung Pemangsa 2022 @ Raptor Watch dengan tajaan Canon Malaysia dan Dana Pendidikan Alam Sekitar Stella Rajendran.

  • Pertandingan dibuka kepada murid berumur 13- 19 tahun (Individu)
  • Pertandingan dibuka dari 12 Mac 2022 sehingga 26 Mac 2022
  • Peserta hendaklah melukis berkaitan dengan burung pemangsa atau raptor yang boleh didapati di Tg. Tuan, Melaka.
  • Peserta boleh menggunakan sebarang jenis alat melukis dan warna untuk poster ini.
  • Poster yang dilukis dan warna secara digital adalah tidak dibenarkan.
  • Setiap murid akan menerima e-sijil
  • Hadiah menarik menanti anda

Untuk pendaftaran dan syarat-syarat penyertaan, sila rujuk pada pautan ini; https://linktr.ee/mnsraptorwatch2022 atau gunakan QR code yang diberikan.

Sebarang pertanyaan, boleh emelkan kepada kami di mnsraptorwatch@gmail.com