Skip links

Pertandingan Melukis Poster Sekolah Bebas Plastik Peringkat Negeri Selangor 2021

Kempen Bebas Plastik telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai salah satu pendekatan untuk menangani pencemaran plastik sekali guna yang menjadi punca kepada isu marine debris. Pada tahun 2019,  Program Rintis Sekolah Selangor Bebas Plastik telah diperkenalkan di 18 sekolah di seluruh negeri Selangor pada tahun 2020. Program ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal dengan kerjasama daripada Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) selaku badan pelaksana program tersebut. Program ini bertujuan untuk memberikan pendidikan serta kesedaran kepada masyarakat terutamanya kepada pentadbir, guru-guru dan murid-murid sekolah berkaitan sisa plastik serta cara-cara untuk  menguruskan sisa plastik sekali guna di sekolah bagi mengurangkan lambakan marine debris yang boleh mengakibatkan kerugian dalam pelbagai sektor industri.

Sehubungan dengan itu, bagi meningkatkan kesedaran murid sekolah berkaitan isu marine debris serta langkah-langkah untuk menanganinya. Pertandingan Melukis Poster Sekolah Bebas Plastik Peringkat Negeri Selangor 2021 akan dianjurkan. Pertandingan ini terbuka untuk semua murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri Selangor dan akan dibuka pada 26 April hingga 28 Mei 2021.

A. KELAYAKAN UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN

  1. Tempoh pertandingan adalah dari 26 April – 28 Mei 2021
  2. Pertandingan Melukis Poster Sekolah Bebas Plastik Peringkat Negeri Selangor 2021 terbuka untuk semua murid sekolah rendah dan menengah (kerajaan atau swasta) secara individu.
  3. Terdapat dua kategori Pertandingan iaitu:
  • Kategori A: Sekolah Rendah
  • Kategori B: Sekolah Menengah
  1. Setiap murid boleh menghantar lebih dari 1 penyertaan tetapi hanya satu sijil penyertaan akan diterima oleh setiap murid.
  2. Hantarkan penyertaan anda di https://bit.ly/31Nfvla sebelum atau selewat-lewatnya pada 28 Mei 2021.
  3. Penyertaan yang diterima selepas 28 Mei tidak akan terbatal secara automatik.
  4. Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada Bahagian Pendidikan Alam Sekitar MNS di talian 03-22879422 atau emel kepada ee_programs@mns.org.my

B. LANGKAH MENYERTAI PERTANDINGAN

Sekolah Rendah

  1. Lukis poster bertemakan “Laut kita Bebas Plastik”
  2. Pastikan poster menggunakan kertas lukisan bersaiz A3.
  3. Murid boleh menggunakan pensel warna, warna air, krayon atau apa-apa bahan mengikut kreativiti masing-masing.
  4. Pastikan gambar poster yang diambil adalah jelas dan tidak kabur
  5. Murid boleh meminta bantuan ibu bapa atau penjaga untuk mengambil gambar poster tersebut dalam bentuk jpg, png atau format gambar yang sesuai.

Sekolah Menengah

  1. Cipta poster digital bertemakan “Norma Baharu Pengurusan Sisa di Sekolah”
  2. Pastikan poster menggunakan saiz 20 inci x 30 inci (potrait).
  3. Perisian yang boleh digunakan adalah seperti Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Microsoft Publisher, Canva atau apa-apa perisian yang sesuai.
  4. Langkah-langkah untuk menyertai pertandingan:

LANGKAH 1: Bincang bersama guru dan kenal pasti sisa yang paling banyak ditemui di sekolah

LANGKAH 2:  Berikan cadangan untuk menguruskan sisa tersebut

LANGKAH 3:  Hasilkan poster digital yang mengetengahkan cadangan-cadangan tersebut

LANGKAH 4:  Hantarkan penyertaan anda

C. GARIS PANDUAN PENYERTAAN

  1. Poster hendaklah mematuhi tema yang ditetapkan, iaitu “Laut kita Bebas Plastik” bagi Kategori A dan “Pengurusan Sisa di Sekolah” bagi Kategori B.
  2. Peserta perlu kreatif dengan menggunakan gambar dan ayat yang menarik. Pastikan poster disertai dengan gambar yang memaparkan mesej-mesej berkaitan tema
  3. Peserta boleh meminta bantuan orang lain untuk mendapatkan idea, namun lukisan dan ilustrasi poster adalah hasil karya peserta, bukan orang lain.
  4. Peserta perlu kreatif dengan mengetengahkan cara menangani sisa di sekolah. Contoh cadangan yang boleh diketangahkan melalui poster adalah seperti berikut:
  1. Menguruskan sisa makanan dengan menjalankan aktiviti kompos
  2. Mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dengan membawa sendiri bekas makanan, sudu, garpu, dan cawan yang boleh digunakan berulang kali untuk membeli makanan di kantin lakukan aktiviti kitar semula di sekolah
  3. Mencadangkan alternatif kepada plastik sekali guna yang digunakan oleh kantin atau koperasi sekolah
  4. Menjalankan aktiviti kitar semula di sekolah
  5. Lain-lain.

             5. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati;

  1. Bukan hasil karya atau gambar sendiri.
  2. Melanggar hak cipta mana-mana pihak.
  3. Perbuatan dalam gambar melibatkan perlakuan tidak bermoral, menyinggung perasaan mana-mana pihak, menimbulkan fitnah, melibatkan sensiviti berkaitan agama, bangsa, dan politik.

D. PENILAIAN

  1. Penyertaan akan dinilai berdasarkan kriteria berikut:

Kandungan

60%

Gambar

40%

Mesej yang jelas & mudah difahami

20%

Kaitan dengan tema

20%

Keberkesanan mesej yang disampaikan dalam menangani sisa plastik dalam suasana norma baharu di sekolah

40%

Kreativiti

20%

 

             2. Panel juri terdiri daripada pakar pemuliharaan alam sekitar dari Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Kerajaan Negeri Selangor

             3. Keputusan juri adalah muktamad.

             4. Tarikh pengumuman pemenang adalah pada 18 Jun 2021 melalui akaun Facebook dan Instagram MNS. Para pemenang akan dihubungi melalui emel/telefon untuk tujuan penyampaian sijil dan hadiah.

E. HADIAH

  • Sijil penyertaan peringkat negeri akan diberikan kepada semua peserta pertandingan.
  • 5 penyertaan terbaik bagi setiap kategori akan diberikan hadiah berupa:

Sekolah Rendah

Tempat pertama: RM 200.00

Tempat kedua: RM 150.00

Tempat ketiga: RM 100.00

2 x Hadiah Saguhati: RM50

Sekolah Menengah

Tempat pertama: RM 200.00

Tempat kedua: RM 150.00

Tempat ketiga: RM 100.00

2 x Hadiah Saguhati: RM50

  • Sekolah yang menghantar penyertaan terbanyak akan mendapat Sijil Penghargaan dan wang insentif sebanyak RM300 akan diberikan Ini merupakan satu penghargaan yang diberikan kepada pihak sekolah bagi menggalakkan usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui pengurusan plastik sekali guna. Wang insentif boleh digunakan untuk menggalakkan usaha-usaha pengurusan sisa di sekolah melalui aktiviti pendidikan alam sekitar di sekolah atau melengkapkan sekolah dengan kemudahan-kemudahan untuk menguruskan sisa dengan lebih efisien.

F. HAK PENGGUNAAN PENYERTAAN

  1. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta membenarkan pihak penganjur dan agensi-agensi yang berkaitan untuk menggunakan nama atau gambar anda.
  2. Penganjur mempunyai hak untuk menghantar maklumat pemenang kepada media massa apabila difikirkan perlu untuk tujuan publisiti.
  3. Apabila menyertai pertandingan ini, para peserta bersetuju dengan perkara berikut:
  • Membenarkan dan memindahkan semua hak cipta dalam penyertaan kepada pihak penganjur. Pihak penganjur juga berhak untuk membuat sebarang suntingan pada penyertaan yang dihantar tanpa meminta kebenaran daripada peserta pertandingan.
  • Memberikan hak cipta yang terdapat dalam semua atau sebahagian daripada setiap ahli kumpulan untuk tujuan publisiti, pemasaran, pengiklanan dan penggunaan komersial.
  • Penyertaan yang dihantar adalah karya sendiri dan tidak melanggar hak cipta mana-mana pihak.
  • Bersetuju untuk memberikan lain-lain dokumen/maklumat yang berkaitan dengan karya/ciptaan penyertaan kepada pihak penganjur apabila diperlukan.

Leave a comment

This website uses cookies to improve your web experience.