Skip links

Hari Memerang Sedunia 2022 – Pertandingan Melukis

Sempena Hari Memerang Sedunia yang disambut pada 25 Mei 2022 ini, kami mempunyai berita baik untuk ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan Kelab Pencinta Alam!

Serlahkan kreativiti dan bakat anda dengan menyertai Pertandingan Melukis Memerang Malaysia.

MAKLUMAT PERTANDINGAN:

  1. TEMA: Hasilkan lukisan yang kreatif dengan menggunakan tema “Memerang Malaysia dan Habitatnya”. Huraikan tentang lukisan anda dan mengapa memerang ini istimewa.

Terdapat Empat Jenis Spesis Memerang yang boleh dijumpai di Malaysia;

– Memerang Kecil (Asian small-clawed otter)

– Memerang Eurasia (Eurasian otter)

– Memerang Kumis (hairy-nosed otter)

– Memerang Licin (smooth-coated otter)

  1. Peserta boleh menggunakan sebarang jenis alat melukis dan warna untuk lukisan ini.
  2. Lukisan yang dilukis dan warna secara digital adalah tidak dibenarkan.
  3. Saiz lukisan mestilah A3 (Drawing block).
  4. Karya hendaklah disimpan dan dihantar dalam bentuk PDF/JPEG/PNG.
  5. Setiap penyertaan mestilah melalui borang Google (Google Form ini); https://linktr.ee/MNSOtter
  6. Sebarang penyertaan yang dihantar secara emel tidak akan dilayan.

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

  1. Setiap penyertaan individu mestilah melalui borang Google, sebarang emel tidak akan dilayan.
  2. Pertandingan dibuka dari tarikh 27 Mei 2022 – 28 Jun 2022.
  3. Tarikh tutup pada 28 Jun 2022 (Selasa) pada 11.59 pm.
  4. Pertandingan adalah terbuka kepada ahli KPA (Kategori A: 7 – 12 tahun dan Kategori B: 13 – 19 tahun)
  5. Terbuka hanya kepada warga sekolah Kelab Pencinta Alam (KPA) berdaftar dan telah memperbaharui keahlian tahunan (bagi memastikan status keahlian sekolah anda, sila hubungi pegawai Kelab Pencinta Alam) dan keluarga terdekat (immediate family member) ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)
  6. Hanya satu penyertaan dibenarkan untuk setiap peserta. Lukisan yang dihantar mestilah asli dan dilukis oleh peserta.
  7. Karya mestilah asli dan mengikut kreativiti masing-masing.
  8. Setiap penyertaan akan mendapat e-sijil.

HADIAH DAN SIJIL

Tempat Pertama: RM500

Tempat Kedua: RM300

Tempat Ketiga: RM200

Tempat Keempat: RM100

Tempat Kelima: RM100

Daftar dan hantarkan lukisan anda di pautan ini; https://linktr.ee/MNSOtter

Sebarang pertanyan boleh diajukan kepada mnsotter@gmail.com

Leave a comment

This website uses cookies to improve your web experience.