Skip links

Pertandingan Pantun Bergambar Raptor Watch 2022 (Sekolah Rendah)

Jom sertai Pertandingan Pantun Bergambar Raptor Watch 2022!

Pertandingan Pantun Bergambar ini adalah anjuran Persatuan Pencinta Alam Malaysia sempena Sambutan Program Memerhati Burung Pemangsa 2022 @ Raptor Watch dengan tajaan Canon Malaysia dan Dana Pendidikan Alam Sekitar Stella Rajendran.

  • Pertandingan dibuka kepada murid berumur 10 – 12 tahun (Individu)
  • Pertandingan dibuka dari 12 Mac 2022 sehingga 26 Mac 2022
  • Pantun mestilah bertemakan tentang burung pemangsa dan habitatnya
  • Setiap penyertaan mestilah disertakan satu (1) rangkap pantun dan 2 atau 4 kerat pantun
  • Pantun boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  • Peserta digalakkan mengambil gambar alam semulajadi atau berkaitan dengan pantun yang ditulis.
  • Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera dan telefon bimbit.
  • Setiap murid akan menerima e-sijil
  • Hadiah menarik menanti anda

Untuk pendaftaran dan syarat-syarat penyertaan, sila rujuk pada pautan ini; https://linktr.ee/mnsraptorwatch2022 atau gunakan QR code yang diberikan.

Sebarang pertanyaan, boleh emelkan kepada kami di mnsraptorwatch@gmail.com

Leave a comment

This website uses cookies to improve your web experience.