Skip links

Siri Webinar Pendidikan Alam Semulajadi Bakau

Hi adik-adik!

Mari belajar tentang bakau dengan menyertai Siri Webinar Pendidikan Alam Semulajadi Bakau yang akan diadakan bermula pada hari Rabu ini, 25 Ogos 2021 sehingga 6 Oktober 2021.

Program ini adalah anjuran Universiti Putra Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia di bawah inisiatif Projek MEITA-TEIN atau ‘Sustainable Aquatic Resource Management in Mangrove Ecosystems via Internet of Things Application’ dan telahpun mendapat sokongan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Pelbagai topik menarik tentang ekosistem bakau yang akan kita pelajari. Adik-adik juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dengan menyertai pertandingan Menulis Esei dan Kuiz sempena siri webinar ini nanti.

Untuk pendaftaran, sila rujuk pada pautan ini; https://linktr.ee/mns.bakau

Atau gunakan kod QR yang diberikan.

Kami akan menghantar pautan Zoom webinar tersebut selepas pendaftaran dibuat.

Sebarang soalan boleh emelkan kepada kami d mns.bakau@gmail.com

Leave a comment

This website uses cookies to improve your web experience.