Skip links

Pertandingan Water Vision 2021

Program Water Vision adalah satu program kesedaran dan pendidikan alam sekitar yang telah dianjurkan bersama oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Coca-Cola Malaysia sejak tahun 2007. Program ini dianjurkan bagi tujuan meningkatkan kesedaran tentang pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air di kalangan pelajar sekolah. Setiap tahun, program ini akan mengetengahkan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan kesedaran alam sekitar termasuklah Pertandingan Water Vision yang diadakan setiap tahun. Pada tahun ini, Pertandingan ini memberi fokus kepada isu marine debris.

Menurut laporan aktiviti pembersihan pantai yang dijalankan sepanjang 2019 oleh MNS, sebanyak 11 tan sampah telah berjaya dikutip.  Kebanyakan sisa yang dijumpai adalah puntung rokok, botol plastik, dan beg plastik. Selain itu, pukat hantu, penutup botol yang diperbuat daripada plastik, straw plastik, pinggan dan cawan plastik turut dijumpai. Hidupan marin seperti penyu dan paus telah dilaporkan terjerat pada pukat hantu. Selain itu, paus juga turut dilaporkan termakan pelbagai jenis sisa plastik yang seterusnya menyebabkan kecederaan pada usus, akhirnya mati. Di Kuala Selangor, nelayan pesisir pantai turut menjumpai lebih banyak sisa plastik daripada kerang apabila aktiviti mengumpulkan kerang dilakukan saban hari.

Sehubungan dengan itu, MNS & Coca-Cola sedang menganjurkan Pertandingan Water Vision 2021 bagi memberi pengetahuan kepada murid berkaitan marine debris serta menggalakkan sikap dan amalan yang positif terhadap isu tersebut.

Disebabkan Pandemik Covid-19 dan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, Pertandingan Water Vision 2021 akan menggunakan platform Google Classroom bagi menggalakkan penyertaan murid di dalam pertandingan ini.

Google Classroom – Water Vision 2021

Unit pembelajaran ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada murid tingkatan 1 hingga 4 tentang isu marine debris, kesannya serta langkah-langkah untuk menyelesaikan isu tersebut. Unit pembelajaran ini akan menerangkan situasi semasa, terutama di Malaysia dan akan membantu murid untuk memberikan cadangan yang mampu memberi penyelesaian kepada isu marine debris di akhir pertandingan ini. Pada akhir Unit Pembelajaran Google Classroom, murid-murid perlu memberikan cadangan berbentuk inovasi yang boleh mengurangkan kuantiti sisa yang hanyut ke lautan atau inovasi yang boleh menjadi alternatif kepada sisa plastik sekali guna menjelang 2030.

CARA-CARA MENYERTAI PERTANDINGAN WATER VISION 2021

A. (BORANG PENYERTAAN): Isi borang Penyertaan Google Classroom – Water Vision 2021 (Pertandingan Water Vision 2021). Borang penyertaan boleh diperoleh di sini: https://forms.gle/k4Na2fWwBQQhMuyR8

Google Classroom – Water Vision 2021 akan dibuka dari 1 Julai sehingga 1 September 2021 untuk murid Tingkatan 1 hingga 4 sahaja dari seluruh negara

B. (SOAL SELIDIK AWAL): Lengkapkan soal selidik Google Classroom – Water Vision 2021. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang pengetahuan dan amalan murid berkaitan marine debris. Borang soal selidik boleh diperoleh di sini: https://bit.ly/3hbojKk

C. (KOD GOOGLE CLASSROOM): Kod Google Classroom Pertandingan Water Vision 2021 akan diberikan kepada peserta Pertandingan setelah langkah A & B dilengkapkan.

D. (UNIT PEMBELAJARAN WATER VISION 2021): Lengkapkan unit pembelajaran Google Classroom – Water Vision 2021.

E. (JAWATANKUASA WATER VISION): Tubuhkan satu (1) Jawatankuasa Water Vision yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 4 orang murid dan 1 orang guru penasihat.  Jawatankuasa perlu berbincang dan berikan cadangan yang boleh mengurangkan marine debris di lautan.

F. (VIDEO TIK TOK): Hasilkan satu video sepanjang 40-60 saat dan muat naik video tersebut melalui perisian aplikasi Tik Tok selewat-lewatnya pada 1 September 2021

G. SOAL SELIDIK AKHIR): Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang pengetahuan, tingkah laku, cita-cita dan persepsi murid berkaitan sisa marin di akhir tempoh pertandingan.

Insentif

  • Semua peserta yang melengkapkan unit pembelajaran Google Classroom Water Vision 2021 akan menerima Sijil Penyertaan.
  • Peserta-peserta yang menghantar 5 penyertaan terbaik akan memperoleh hadiah saguhati istimewa dari Coca-Cola Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) serta wang tunai berjumlah RM500 (tempat pertama), RM300 (tempat kedua), RM200 (tempat ketiga), RM100 (tempat keempat dan kelima)
  • Wang insentif sebanyak RM300 untuk sekolah yang menghantar penyertaan terbaik
  • Wang insentif sebanyak RM500 untuk menghasilkan prototaip inovasi yang dicadangkan kepada pemenang tempat pertama

Pertandingan Water Vision 2021 adalah salah satu inisiatif penganjur untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat, terutamanya murid sekolah tentang marine debris. Pertandingan ini juga diharap menjadi pemangkin bagi murid sekolah untuk lebih proaktif bagi menguruskan sisa pepejal di rumah, sekolah dan/atau di dalam komuniti sebagai satu usaha untuk mengurangkan isu marine debris.

Sesi Taklimat bersama Guru 

Satu sesi taklimat bersama guru-guru akan diadakan mengikut ketetapan berikut

Tarikh: 28 Julai 2021

Masa: 2.30 – 3.30 petang

Pautan: https://us02web.zoom.us/j/81069692646?pwd=SlpVa3dkUGJXeUV1ck1ZS2tmd2Fhdz09

Meeting ID: 810 6969 2646

Passcode: 564177

Dapatkan syarat-syarat dan peraturan Pertandingan Water Vision 2021 di sini.

Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukan melalui emel kepada ee_programs@mns.org.my atau hubungi Jabatan Pendidikan Alam Sekitar, MNS di 03-22879422

Leave a comment

This website uses cookies to improve your web experience.